بسم الله الرحمن الرحيم
KERINGKAN KOLAMNYA MAKA SEMUA IKAN MUDAH DI KUASAI - Winston Churchill -
Yang dianggap sebagai pahlawan Inggeris tetapi gagal menakluki Utsmaniyah Turki.
Dia berdiri dekat kolam di hadapan Istana. Dia dikelilingi ahli-ahli perang Eropah, lalu memerintahkan seorang tentera untuk menangkap ikan di dalam kolam.
Berkali-kali tentera terbaik itu cuba menangkap ikan. Tetapi sentiasa gagal, dengan tangkas ikan selalu berhasil terlepas.
Setelah tentera itu kepenatan kerana sekian lama tidak dapat menangkap ikan dalam kolam tersebut.
Maka Winston Churchill segera berdiri dan mengatakan bahawa ikan tersebut tidak akan ditangkap dan dibunuh kalau ia berada dalam air.
Kemudian diperintahkan tentera itu untuk mengeringkan kolam.
Segera tentera mengambil gayung dan secara perlahan-lahan mengeringkan kolam tersebut.
Memakan waktu lama tapi akhirnya ikan tersebut menggelupur, hanya tinggal untuk ditangkap dan menunggu kematiannya.
Winston Churchill, sang Legenda Eropah itu mengatakan,
” Muslim itu ibarat ikan, dan air kolam adalah ajarannya. Selama mereka berada pada ajarannya, maka kita tidak boleh mengalahkannya. “
Winston Churchill melanjutkan,
” Kita tidak akan boleh mengalahkan Muslim yang mengamalkan keislamannya. “
Yang mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya.
Yang menjadikan mereka mencintai Tuhan dan Nabi melebihi cinta terhadap harta dunia, bahkan melebihi cinta terhadap dirinya sendiri.
Mereka menjadikan mati syahid sebagai impian. “
Dia melanjutkan,
” Tetapi untuk menghancurkan Islam itu mudah. Keringkan air kolamnya !!
Keringkan keimanannya, jauhkan dari ajarannya, jauhkan dari masjid, jauhkan dari meneladani Nabi-nya. “
Maka mereka bagaikan ikan yang kekeringan, menggelupur menunggu kematian. “
.
.
Memang menyakitkan.
Tetapi yang lebih menyakitkan lagi adalah mereka para musuh sebenarnya telah berjaya menformat pola fikir ramai umat Islam dengan pola fikir mereka.
Iaitu memisahkan urusan kehidupan dan politik dari aturan agama Islam.
Sehingga, setiap upaya kesedaran umat akan dihalang oleh umat Islam itu sendiri.
Ya, sebagian umat Islam yang isi otaknya berhasil mereka cuci dengan pendapat global.
.
.
” Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang Islam dari agamanya sehingga menjadi pemeluk agama kalian.
Akan tetapi, jauhkan mereka dari agamanya (Al-Quran dan Sunnah).
Sehingga mereka menjadi orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesama mereka menjadi terpecah-belah dan jauh dari kesatuan.
Dengan demikian, kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri (umat Islam) sesuai dengan tujuan kalian. ”
SAMUEL M. ZWEMER
Misionaris Asal Amerika Syarikat (1867-1952 M)
Strategi ini diguna oleh Barat dari dulu hingga sekarang.
SUMBER: Ghazwul Fikri: Pola Baru Menyerang Islam, Havis Aravik
jaga ukhuwah
tingkatkan takwa
siapkan generasi yang kuat Tauhidnya, Keilmuannya, Kepemimpinannya dan Ekonominya
.
.
Wallahu A’lam Bishawab
Semoga bermanfaat buat kita bersama wahai sahabatku yang Allah muliakan. 💞
إن شَّــــــــــاءَ اللَّــــــــــه
.

